Sebelum kita mengetahui cara
untuk memujuk ini, kita harus
tahu apakah menyebabkan
seseorang itu merajuk.
Seseorang itu merajuk
disebabkan atas beberapa sebab.
1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama
kenapa si Dia merajuk. Dia
cemburu disebabkan ada
sesuatu yang cuba mengambil
anda dari dirinya. Seperti kawan-
kawan, pekerjaan, keluarga dan
sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang
diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari
anda, tetapi anda tidak
memberikannya. Sebagai contoh,
Si Dia ingin memakan roti canai
(kenapa pasal roti canai pulak
ni?), tetapi anda tidak mahu, dan
anda ingin makan benda lain.
Jadi, si Dia pun merajuk sebab
dia hendak jugak makan roti
canai. Payah jugak ni.
3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk
untuk mendapatkan perhatian
dari anda. Dan kadangkala, si Dia
merajuk disebabkan ada sesuatu
yang membuatkan dia berasa
marah dan tidak selesa. Untuk
mengubat perasaan dia itu, dia
perlukan anda disamping dirinya
tetapi dengan cara yang sangat
berbeza — merajuk.
Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah
mengetahui sebab kenapa si Dia
boleh merajuk. Dan sekarang
bagaimanakah cara untuk
memujuknya. Diingatkan, tips-
tips ini bukan langkah-langkah
untuk memujuk, cuma sebagai
panduan atau tips sahaja.
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata
benar dari berdusta. Ceritakan
kepada si Dia apa yang berlaku
pada anda dan tanya pada si Dia
kenapa dia merajuk. Berterus
teranglah dalam
perhubungan anda. Janganlah
berselindung. Dengan
mewujudkan budaya bertanya
dan berkata benar ini, dapat
mengeratkan perhubungan
kerana, anda mengambil berat si
Dia. Ini juga bermaksud anda
menunjukkan bahawa anda
menyayangi dia.
2. Bertolak ansurlah dan bijak
dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita
bertolak ansur tetapi tidak
bermakna kita kalah sekiranya
kita mengalah. Dalam situasi
sebegini, anda haruslah bijak
dalam membuat sesuatu
keputusan. Sekiranya si Dia
merajuk dan anda tidak berjaya
memujuknya, gunakan gaya
anda yang tersendiri dalam
memujuk hatinya. Dengan ini,
anda kelihatan bijak dalam
membuat keputusan.
3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis
bukan? Ketika si Dia tengah
merajuk, cuba anda bergurau
senda dengan dia dengan
menggelarkan si Dia, "bucuk",
"comot", "manje" dan
sebagainya. Dalam pada itu, selit-
selitkan ayat-ayat power anda
dalam perbualan tetapi masih
mengekalkan perkataan-
perkataan manis seperti yang disebutkan tadi.
4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya
tips yang paling ultimate. Kalau
ditanya, berapa ramai yang
sanggup nyanyi untuk
kekasihnya? Pernah tak anda
menyanyikan lagu untuk kekasih
anda? Mungkin jawapannya
ramai yang mengatakan tidak.
Adakah si Dia akan tersenyum
dan ketawa? Sudah pasti ya.
Kerana dapat mendengar suara
buah hatinya menghiburkan
dirinya. Tidakkah ianya
menggembirakan?
Sudah pasti
senyuman terukir di bibirnya.
Seperti yang saya katakan tadi,
tips-tips ini bukanya langkah-
langkah tetapi merupakan
panduan bagi anda dalam
memujuk pasangan anda.
Mungkin ada di antara tips ini
tidak sesuai dilakukan kepada
pasangan anda tetapi tips ini
mungkin berjaya membuatkan si
Dia tersenyum.
No comments:
Post a Comment
respon