Pages

Sunday, August 29, 2010

Pantang-pantang yang perlu gologan lelaki tau

Lelaki memang
berbeza dari wanita.
Setiap ciri adalah
berbeza samada dari
segi percakapan, gaya,
gerak geri, penulisan
dan sebagainya. Dan
sebab itulah
terdapatnya beberapa
sikap yang pantang
bagi wanita sekiranya
lelaki berbuat begini
kepada dirinya.


¤Suka menyampuk

Apabila mendengar
sesuatu cerita, menjadi
cepat bosan, hilang
sabar dan suka
menyampuk. Cerita
tidak didengar dengan
tekun.

¤Memerintah
Apabila memerlukan
sesuatu, dia seakan-
akan memberi perintah
dan bukan suatu
permintaan. Misalnya,
buka pintu,
buat kopi,
angkat kasut,
dan tidak bermula
dengan pertanyaan
yang lebih elok seperti
'boleh tolong
buatkan kopi?'
dan 'tolong buka
pintu tu?'



¤Bergurau kasar

Gurauan yang kasar
tidak sesuai dengan
keperibadian wanita
yang lembut sekali gus
memperkecilkan
wanita.
Apabila wanita
menunjukkan rasa
jengkel, lelaki marah
pula dan berkata "gurau pun tak
boleh"



¤Cepat naik berang

Sifat lelaki yang cepat
berang, suka
mengutuk, mengkritik
dan meninggikan
suara membuat wanita
berjauh hati. Lebih baik
berkongsi pendapat
dengan kaum wanita
yang lebih memahami.



¤Cakap besar

Sikap lelaki yang suka 'syok sendiri',
membosankan.
Bermegah-megah
dengan pencapaian
dan kebaikan diri
seakan-akan dirinya
sahaja yang paling
baik.



¤Suka mengawal

Jika wanita datang
dengan sesuatu
masalah misalnya
berselisih pendapat
dengan teman, keluhan
tidak didengar secara
empati tetapi dengan
cepat diberitahu apa
yang sepatutnya
dilakukan dan
bagaimana sesuatu
patut dikatakan.
Memberi huraian yang
tidak dipinta.



¤Ego sebesar gajah

Sukar meminta maaf
walaupun sedar akan
kesilapan, sukar
mengakui kesilapan
dan tidak mahu
meminta pertolongan.
Tidak mahu
merendahkan diri.


¤Tidak suka meluah
emosi

Walaupun ada sesuatu
yang mengganggu
fikiran, lelaki lebih suka
diam membatu lalu
membuat wanita
tertanya-tanya dan
rasa terasing dan
terabai.



¤Buat wanita rasa
bersalah

Jika wanita
menimbulkan sesuatu
perkara yang
menimbulkan perasaan
kurang senang, lelaki
menganggap wanita
itulah yang
bertanggungjawab
membangkitkan
perasaan negatif pada
dirinya dan bukan
terhadap perkara yang
disebutkan itu.



¤Lokek beri pujian

Lelaki suka dipuji tetapi
berat memberi pujian
sama ada jika masakan
sedap atau pakaian
isteri yang cantik.
Mereka seolah-olah
tidak perasan
sebarang perubahan.
Buat penat masak
sehari suntuk dan
berdandan untuknya.



¤Pengotor

Tiada wanita yang
tahan dengan lelaki
bersifat pengotor sama
ada dalam soal
kebersihan diri atau
yang suka
mengotorkan ruang
sekitaran.



¤Lupa hari-hari
istimewa

Wanita yang bersifat
nostalgik dan romantis
memang senang diberi
hadiah yang bermakna
pada hari-hari
istimewa. Lelaki yang
'buat derk'
terhadap keinginan
begini bersiap sedialah
apabila cik adik
merajuk.



¤Tidak tunjuk rasa
kasih

Wanita ingin dibelai
dan dimanjakan dan
tentunya akan berasa
tidak disayangi apabila
lelaki bersifat seperti
robot, tiada luahan
kasih sayang dalam
bentuk senyuman,
gurauan, berkongsi
masalah dan dakapan.



Sekiranya anda lelaki,
peliharalah diri anda.
Anda suka kepada si
Dia, oleh itu, anda
kenalah menunjukkan
yang diri anda itu layak
untuk dirinya. Semoga
berjaya!

No comments:

Post a Comment

respon